16/06/2011

akhirnya....

abis gak tonton cite ni..hehe



lama sudah aku follow cite drama Nora Elena..
siap buat collection utk stiap episod lak tu..
episod 1 sampai la episod 24..
fanatik tol la plak..hehehe


tapi ending cite ni tak bape nak best la..
aku assume episod 18 adelah yg paling romantik..(^^,)
tak caye korang tengok la sendiri ye..
pasni tak tawu lak nak layan movie ape..
hope ade la drama ke, movie ke yg best2 pasni..hihi


anyway, congrates kat drama Nora Elena sebab drama ni hot like gorpis!
ramai kot peminat kat Malaysia yg follow cite ni setiap ari...awesome la!
thanks Nora Elena.. <3 <3






nak stady pon tak bape nak jalan..
arghhhhh...letihhh toll arini.
kelas padat giler.
naseb baek petang tadi ujan kat sini..
nyaman jer rase sampai ke malam ni.
then,.....
ngantok pulak, adoyaiiii...macam2.


tak pe la..
esok klas tak padat mcm sblom2 ni.
klas tassawur islam jer, 2 jam kuliah.
pastu klas aerodynamic.
still bole cover gak la kan...
bukan ape..time nak tido kat kelas lak..hahaha


ape la yg aku merepek meraban ni.
maybe juz coretan rase excited tengok cite Nora Elena tadi..
yehehehe..(^^,)

15/06/2011

status kini

salam satu malaysia..
lame sudah tak update blog aku ni.
mesty korang ase bosan kan visit blog ni..yehehehe

takde pape entry baru nak share kat korang..sory my dear(^^)
juz blogwalking blog teman2 jer..
blog sendiri yg tak terupdate..hehe

aishhh..malas tol nak kerjekan blog ni.
lagipon sekarang da start sem baru.
semester 5 diploma mekanikal aeronautik.
arghhh....mcm tak caye jer, haha

tapi subjex2 sem ni bole tahan la, bole pecah kpale woooo...
byk formula tahap dewa nak kene hafal..oh my god!
adoyaiiii...make me wondering what will happen next..(^^,)



so far..so good la kn..baru start sem, still fresh la kn?
still have time to play PES 2011..hihi
berfesbuk pon da jadi habit..takpe wifi free kot, layan jer la..tol tak?
anyway, sume ok la..w/pon rase letih dgn kelas yg padat dan mampat!
upside down..maybe sometimes, but.......
still hepi go lucky.hahaha

merepek jer lak..tak kesah kan?
sape kesah angkat kening..hehe
bukan ape..
sjer nak menyemakkn lagi akunyer page blog ni ha.
smile always..
renyeh2 sokmo..hihi
like this horizontal smile..
(^___________*)..ngeeeeeeeeeeeeee

p/s: stady + tido jer kat kelas..sory mom and dad!


03/06/2011

bulan rejab

Sedar atau tidak, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. 
Tanpa kita sedari kita sudah pun berada di bulan Rejab. Bulan yang penuh keberkatan. 
Rejab bermaksud ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melalui bulan Rejab dan berharap, saya dan anda semua tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.



Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh kita semua dengan memperbanyakkan ibadah.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi).

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 
Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.


Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


REJAB bulan menabur benih.
SYAABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYAABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat.
SYAABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

01/06/2011

fakta tentang telefon

1) NOMBOR KECEMASAN 

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) 

2) KERETA TERKUNCI 

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.
Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. 

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI 

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . 

4) TELEFON KENA CURI 

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

seorang tentera

story org pasal seorang tentera..maybe pengalaman mereka yg penah menjadi seorg isteri or awek kpd tentera..tapi tak semua tntera cmtu..hihi. think positive la yer..(^^)

BERJODOHKAN SEORANG TENTERA.

(kalau anda sebagai seorang isteri.......)


Tak pernah terbayangkan langsung masa dulu. 
Sikit pun aku tak pernah terpikir yang aku akan berkongsi hidup dengan seorang tentera. 
Tak kisahlah tentera laut ke darat ke udara ke, langsung tak pernah terlintas.

Tapi itulah jodoh namanya. Tak kisahlah tak pernah lintas ke tak pernah seberang ke kalau dah tertulis itu jodoh kamu, maka berijab dan kabul la kamu berdua. Sepanjang aku berbuah hatikan sang tentera, memang banyak pahit manisnya. Kalau nak diibaratkan mungkin dah jadi ikan siakap tiga rasa! Pahit, manis, payau! Haha..

Kamu rasa best ke jadi kekasih/isteri tentera???


Uiii...best apa, syokkkk giler....


1. Abang-abang tentera biasanya disiplin diri sangatlah tinggi. Kalau setakat nak kena bangun seawal subuh pagi tu memang takde hal la. Jadi tiada masalah untuk susah payah jadi jam loceng mereka. Memang sangat punctual, kemas, hebat bergaya. 
Markah tinggi untuk disiplin diri.

Errr...tapi incik suami ada masalah untuk sidai towel di ampai selepas mandi. Beliau lebih suka sidai atas tilam. Huhu.

2. Sangat protective. Sesuai dengan kerjaya mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk negara, macam tu jugak la mereka sanggup perjudikan diri untuk kamu.

Macam aku, aku sangat fobia terhadap anjing dan kera/monyet. Sangat takut hokey? Sampaikan kalau aku terserempak anjing on the way nak ke kedai, ke mana ke, aku lebih sanggup pusing balik ikut jalan jauh ataupun tak payah teruskan jalan. 
Terus meluru balik ke rumah dengan nafas laju menggila. Gila seram...

Tapi bila ada incik suami di sebelah...
Anjing ke kera ke monyet ke..
Ape ada hal??

cehhh...

3. Ayat power. Hahaha.

Ko ingat ni iklan power ruk??  *saya menang moto. Terima kasih pawaruk*

Haha.

Tapi memang itulah yang aku rasa. Incik suami macam punya kuasa dalam bab-bab mengayat ni. Aku pun kadang heran, aku merajuk la sebesar mana pun. Kadang tu sampai dah sms "benci", "meluat", "menyampah" segala bagai yang busuk-busuk semua aku hambur kat dia. Tapi dia tenang jek. Siap boleh balas balik semua rajukan aku dengan penuh kasih sayang.

Maka mencair la aku bak lilin yang kependekkan sumbu. Haha.
Tapi ada bahayanya juga ayat power ruk ni. Beware!!


Tapi ada jugak tak bestnya bila berlakikan tentera ni. 
Memang boleh buat makan hati. Kalau makan hati ayam masak kicap ke sedap la jugak. 
Ini tak...sakitkan hati jek. Huhu.


1. Sakit tak hati kamu bila si dia asik-asik membizi je sepanjang masa. Macam incik suami, kerjanya memang pelik sikit. Satu hari duty 24 jam, esoknya off satu hari. Pastu lusa duty lagi 24 jam, tulat off lagi satu hari. Nampak macam best kan? Selang sehari cuti. Kiranya seminggu kerja 3-4 hari jek. Sorga!

Tapi sorga kebendanya??
Tiap kali off day incik suami akan bantai tido dari pagi membawak ke malam. Abis tu bilanya masa untuk aku?? Haih!


2. Kalau kamu mahu berboiprenkan atau bersuamikan sang tentera, get ready la fizikal dan mental. Jangan terkejut kalau semua plan untuk berdatink, berjumpa, bercanda, terpaksa dibatalkan secara mengejut. Pasti akan berlaku.

Macam aku, setakat plan nak jumpa, nak datink semua tu ter cancel tiba-tiba tu memang dah lali dah. Biasa sangat. Kalau kamu nak tahu, aku hampir-hampir terpaksa batalkan majlis perkahwinan sebelum ni semuanya gara-gara prosedur dan gaya hidup pelik seorang tentera.


3. Yang ni aku tak sure betul ke tidak. Nak ulas panjang pun tak berani. Kang tak pasal-pasal kena saman. Haha. Tapi aku memang selalu dengar benda yang satu ni. Dan pernah berlaku depan mata pun. Tapi tak berani la nak komen lebih. Bak kata orang terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata memang di setan-setan ko nanti. Uiii..tak berani..

Tapi betul ke orang kata tentera ni playboy??