02/12/2011

One Piece

One Piece......
watak utama Monkey D. Luffy.


ni kartun pevret aku..
wlaupon flow story kartun ni slow...tp serius best giler.
for the first time aku tengok cite ni...memang keje nak kutok2 jer.
aku pon try la tgok one by one..smpai le ke arini.

.
aku download movie dari episod 1 ke episod 525..
da jd koleksi wajib aku lak..haha

memori laptop aku pon da makin low ( byk derr.....)
memang serius..aku suka sgt tgok cite kartun ni..
the adventure of pirates to achieve "one piece"...

Notakaki: klau nak pnggil movie "sekeping" pon bole...(^__^)


16/06/2011

akhirnya....

abis gak tonton cite ni..hehe



lama sudah aku follow cite drama Nora Elena..
siap buat collection utk stiap episod lak tu..
episod 1 sampai la episod 24..
fanatik tol la plak..hehehe


tapi ending cite ni tak bape nak best la..
aku assume episod 18 adelah yg paling romantik..(^^,)
tak caye korang tengok la sendiri ye..
pasni tak tawu lak nak layan movie ape..
hope ade la drama ke, movie ke yg best2 pasni..hihi


anyway, congrates kat drama Nora Elena sebab drama ni hot like gorpis!
ramai kot peminat kat Malaysia yg follow cite ni setiap ari...awesome la!
thanks Nora Elena.. <3 <3






nak stady pon tak bape nak jalan..
arghhhhh...letihhh toll arini.
kelas padat giler.
naseb baek petang tadi ujan kat sini..
nyaman jer rase sampai ke malam ni.
then,.....
ngantok pulak, adoyaiiii...macam2.


tak pe la..
esok klas tak padat mcm sblom2 ni.
klas tassawur islam jer, 2 jam kuliah.
pastu klas aerodynamic.
still bole cover gak la kan...
bukan ape..time nak tido kat kelas lak..hahaha


ape la yg aku merepek meraban ni.
maybe juz coretan rase excited tengok cite Nora Elena tadi..
yehehehe..(^^,)

15/06/2011

status kini

salam satu malaysia..
lame sudah tak update blog aku ni.
mesty korang ase bosan kan visit blog ni..yehehehe

takde pape entry baru nak share kat korang..sory my dear(^^)
juz blogwalking blog teman2 jer..
blog sendiri yg tak terupdate..hehe

aishhh..malas tol nak kerjekan blog ni.
lagipon sekarang da start sem baru.
semester 5 diploma mekanikal aeronautik.
arghhh....mcm tak caye jer, haha

tapi subjex2 sem ni bole tahan la, bole pecah kpale woooo...
byk formula tahap dewa nak kene hafal..oh my god!
adoyaiiii...make me wondering what will happen next..(^^,)



so far..so good la kn..baru start sem, still fresh la kn?
still have time to play PES 2011..hihi
berfesbuk pon da jadi habit..takpe wifi free kot, layan jer la..tol tak?
anyway, sume ok la..w/pon rase letih dgn kelas yg padat dan mampat!
upside down..maybe sometimes, but.......
still hepi go lucky.hahaha

merepek jer lak..tak kesah kan?
sape kesah angkat kening..hehe
bukan ape..
sjer nak menyemakkn lagi akunyer page blog ni ha.
smile always..
renyeh2 sokmo..hihi
like this horizontal smile..
(^___________*)..ngeeeeeeeeeeeeee

p/s: stady + tido jer kat kelas..sory mom and dad!


03/06/2011

bulan rejab

Sedar atau tidak, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. 
Tanpa kita sedari kita sudah pun berada di bulan Rejab. Bulan yang penuh keberkatan. 
Rejab bermaksud ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melalui bulan Rejab dan berharap, saya dan anda semua tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.



Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh kita semua dengan memperbanyakkan ibadah.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi).

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 
Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.


Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


REJAB bulan menabur benih.
SYAABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYAABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat.
SYAABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

01/06/2011

fakta tentang telefon

1) NOMBOR KECEMASAN 

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) 

2) KERETA TERKUNCI 

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.
Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. 

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI 

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . 

4) TELEFON KENA CURI 

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

seorang tentera

story org pasal seorang tentera..maybe pengalaman mereka yg penah menjadi seorg isteri or awek kpd tentera..tapi tak semua tntera cmtu..hihi. think positive la yer..(^^)

BERJODOHKAN SEORANG TENTERA.

(kalau anda sebagai seorang isteri.......)


Tak pernah terbayangkan langsung masa dulu. 
Sikit pun aku tak pernah terpikir yang aku akan berkongsi hidup dengan seorang tentera. 
Tak kisahlah tentera laut ke darat ke udara ke, langsung tak pernah terlintas.

Tapi itulah jodoh namanya. Tak kisahlah tak pernah lintas ke tak pernah seberang ke kalau dah tertulis itu jodoh kamu, maka berijab dan kabul la kamu berdua. Sepanjang aku berbuah hatikan sang tentera, memang banyak pahit manisnya. Kalau nak diibaratkan mungkin dah jadi ikan siakap tiga rasa! Pahit, manis, payau! Haha..

Kamu rasa best ke jadi kekasih/isteri tentera???


Uiii...best apa, syokkkk giler....


1. Abang-abang tentera biasanya disiplin diri sangatlah tinggi. Kalau setakat nak kena bangun seawal subuh pagi tu memang takde hal la. Jadi tiada masalah untuk susah payah jadi jam loceng mereka. Memang sangat punctual, kemas, hebat bergaya. 
Markah tinggi untuk disiplin diri.

Errr...tapi incik suami ada masalah untuk sidai towel di ampai selepas mandi. Beliau lebih suka sidai atas tilam. Huhu.

2. Sangat protective. Sesuai dengan kerjaya mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk negara, macam tu jugak la mereka sanggup perjudikan diri untuk kamu.

Macam aku, aku sangat fobia terhadap anjing dan kera/monyet. Sangat takut hokey? Sampaikan kalau aku terserempak anjing on the way nak ke kedai, ke mana ke, aku lebih sanggup pusing balik ikut jalan jauh ataupun tak payah teruskan jalan. 
Terus meluru balik ke rumah dengan nafas laju menggila. Gila seram...

Tapi bila ada incik suami di sebelah...
Anjing ke kera ke monyet ke..
Ape ada hal??

cehhh...

3. Ayat power. Hahaha.

Ko ingat ni iklan power ruk??  *saya menang moto. Terima kasih pawaruk*

Haha.

Tapi memang itulah yang aku rasa. Incik suami macam punya kuasa dalam bab-bab mengayat ni. Aku pun kadang heran, aku merajuk la sebesar mana pun. Kadang tu sampai dah sms "benci", "meluat", "menyampah" segala bagai yang busuk-busuk semua aku hambur kat dia. Tapi dia tenang jek. Siap boleh balas balik semua rajukan aku dengan penuh kasih sayang.

Maka mencair la aku bak lilin yang kependekkan sumbu. Haha.
Tapi ada bahayanya juga ayat power ruk ni. Beware!!


Tapi ada jugak tak bestnya bila berlakikan tentera ni. 
Memang boleh buat makan hati. Kalau makan hati ayam masak kicap ke sedap la jugak. 
Ini tak...sakitkan hati jek. Huhu.


1. Sakit tak hati kamu bila si dia asik-asik membizi je sepanjang masa. Macam incik suami, kerjanya memang pelik sikit. Satu hari duty 24 jam, esoknya off satu hari. Pastu lusa duty lagi 24 jam, tulat off lagi satu hari. Nampak macam best kan? Selang sehari cuti. Kiranya seminggu kerja 3-4 hari jek. Sorga!

Tapi sorga kebendanya??
Tiap kali off day incik suami akan bantai tido dari pagi membawak ke malam. Abis tu bilanya masa untuk aku?? Haih!


2. Kalau kamu mahu berboiprenkan atau bersuamikan sang tentera, get ready la fizikal dan mental. Jangan terkejut kalau semua plan untuk berdatink, berjumpa, bercanda, terpaksa dibatalkan secara mengejut. Pasti akan berlaku.

Macam aku, setakat plan nak jumpa, nak datink semua tu ter cancel tiba-tiba tu memang dah lali dah. Biasa sangat. Kalau kamu nak tahu, aku hampir-hampir terpaksa batalkan majlis perkahwinan sebelum ni semuanya gara-gara prosedur dan gaya hidup pelik seorang tentera.


3. Yang ni aku tak sure betul ke tidak. Nak ulas panjang pun tak berani. Kang tak pasal-pasal kena saman. Haha. Tapi aku memang selalu dengar benda yang satu ni. Dan pernah berlaku depan mata pun. Tapi tak berani la nak komen lebih. Bak kata orang terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata memang di setan-setan ko nanti. Uiii..tak berani..

Tapi betul ke orang kata tentera ni playboy??


24/05/2011

catatan weekend

harini.
25 mei 2011..
dapat cuti.
nak balik kampung.
jenjalan area alor star dulu.


beli tiket bas KKL ekspress.
singgah KL.
hang-out ngan kengkawan jap.
jumpe abang angkat skali.


time sampai ruma..
salam mak dan bapak.
keluar jumpe membe sekampung.
lepak gile2.
syokk abis!


nak jumpe someone who's spesel.
miss her so much..much.
lama sudah tak menatap wajahnya.
cewahh..
harap2 sempat la jumpe..hihi


nak g majlis reunion ex-classmate.
share experience ngn diorang.
time utk kutuk depan2.
haha..baru best!


harap2 ni cuti yg terbaekk..
enjoy cuti sehabis enjoy..yeay!
tu jer utk kali ni.
da....(^_*)

23/05/2011

pekan lumut

jalan2 kat Lumut..
daerah ni tak la beso mane pon.. macam sebuah pekan jer.
orang2 sini panggil Pekan Pulau Pangkor. sebab tak macam bandar pon..haha
bersebelahan dengan seri manjung.



kat pekan ni banyak kedai dan gerai yang menjual barangan cenderamata kepada pelancong.
tadi, time jalan2 aku tengok pekan ni fames dengan hasil laut.
macam2 jenis makanan laut ade kat sini.
pilih jer..harga pon berpatutan.

pekan ni merupakan tempat tarikan para pelancong asing.
view tepi laut pon menarik..ade macam2 kapal melalui selat bersebelahan dengannya.
terdapat kapal persiaran, kapal dagang dan kapal TLDM.
so..korang dapat tengok kapal tersebut dengan lebih dekat.



tu jer kot catatan untk kali ni.

p/s: niat hati nak beli sotong kering..tapi tak kesampaian.

21/05/2011

Lumut, Perak D.R

pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Lumut, Perak Darul Ridzuan memang takkan dapat dilupakan..
kat sini terdapat pangkalan TLDM dan dekat dengan Pulau Pangkor.
tapi tak berkesempatan utk ke pulau..sebab masa kot.
kitorg hanya menghabiskan masa di pangkalan TLDM dan ke Teluk Batik jer.

cuaca pada waktu pagi amat dingin disebabkan kawasan besebelahan dengan selat melaka.
so..kitorang rase kool jer..hihi. tapi cuaca disebelah tengahari panas terik..hot..haha
petang kadang2 mendung, kadang2 hujan.. tak menentu.

semalam jenjalan kat Kompleks Armada..PERNAMA, paling besar antara pangkalan ATM.
first time sampai..teruja tengok, perghhh best giler..orang2 navy la yg dapat rase nikmat dok kat pangkalan ni..hihi. kitorang tetamu jer.


tibe2 terserempak ngan kawan aku time skola dulu.. rupe2nye dia join navy..haha.
ade gak geng2 askar jambu ni..hihi

pergi ke teluk batik untuk mandi-manda. syok giler. pesisir pantai pon agak tenang, sebab terlindung dengan kawasan bukit kat sekelilingnye..


tinggal sehari jer stay kat sini..lusa da nak balik ke Alor Star plak..rase berat jer, ish3.

tu jer la entry utk kali ni.. tak tawu nak tulis ape lagi.
mood hepi jer..(^__^)
smilezzz...

p/s: bila la nak g pulau pangkor ni?

19/05/2011

hakisan pantai

isu hakisan pantai makin hangat diperkatakan.
sape yg bertanggungkawab??
terbace kat paper harini..pantai punggor makin teruk akibat hakisan pantai. what der??
pantai kat johor lak tu..
pantai kat sungai lurus, senggarang pon tak terkecuali.. kampung aku lak tu..adeiii, parah!
tak selamat la nampaknye kalau tindakan yg sewajarnye tak dilaksanakan.


mereka kate kesan pemanasan global paras air laut meningkat..
tapi bab hakisan pantai ni lak, sebab ape?
mengikut pemerhatian aku, pokok api-api dan pokok bakau yg menjadi benteng hakisan semakin pupos dek ditebang sesuke hati.. ape la nak jadi ni?
tengok kat gambar2 hakisan pantai jer.. mesti ade jer pokok bakau tumbang, pokok api2 musnah.
pokok2 reput disaluti lumpur hitam. ape sebabnye?

of course sebab pokok benteng penahan hakisan ni tak berfungsi.. manusia gatal sangat tebang, takde inisiatif nak tanam semula. so, sape lagi nak dipersalahkan?
manusia yg tak bertanggungjawab gak kn?



kalau la mereka ni sedar nak tanam balik pokok yg ditebang, at least kesan hakisan tu dpt dikurangkan.
nak harapkan benteng batu dan benteng konkrit..sampai bila bole bertahan?
batu yg selalu dihentam ombak pon akan musnah.
pokok2 penahan hakisan ni la yg kite kene jage, pelihare bukan sebaliknye. tebang sesuka hati!

contohnye di sungai lurus ni sendiri..ape yg korang dapat tengok..(kalau penah sampai la)
batu2 penahan hakisan pon makin terhakis.. kalau tak silap aku, beberape tahun lepas, batu tersebut beso2 belaka..sekarang ape cer??
makin kecik lak saiznye, sebab selalu kene hentam ombak.. so cmne la nak bergantung kat batu jer sebagai penahan hakisan ombak!

kawasan ni dulu pon penah ditenggelami air laut. berekar-ekar kebun penduduk musnah, lumpur hitam yg korang nampak time air surut tu merupakan tinggalan kebun penduduk dulu2.. bukan sikit kebun yg tenggelam, cuba anda bayangkan betape dahsyatnye kesan hakisan pantai ni.
takkan perkare ni nak berulang lagi?
sejarah ngeri yg patot kite jadikan sebagai pedoman untok same2 pertahankan dan ambil pengajaran.

tindakakan segera perlu diambil!!!

p/s: tak puas hati kat mereka yg tak bertanggungjawab menyumbang kpd hakisan pantai, geram!!

18/05/2011

hidup bujang

hei guys..

topik arini BUJANG @ bachelor.. bukan bachelor of art or bachelor of sciene yer.


time kecik2 dulu selalu cakap..pas keje nak kawin..ade femeli, ade anak.. da bekerja pening kpale sebab tak
done nak kawin sebab byk komitmen.
duit belanje ari2 tak penah cukup, almaklumla..idop kat kota raye, byk spend duit gaji untok survive..
only tough will survive..hehe. ade jer kehendak yg nak dipenuhi.
so..bila nak cukup duit buat belanje kawin??
nak kate takde jodoh tu..pelik lak, kapel lame suda..kawin jer belom, what der?
kapel lame2 bosan lak nanti, kan?
asyik nak ngadap muka si dia jer..ehem2, jgn terase lak yer.. soriii!


terus ler membujang sampai tiba waktunye..hahaha
jangan membujang sampai tua suda la yer..
pompuan tu, takot jadi andartu.. anak dara tua! tak laku lak nnti.
lelaki lak..korang pk la sndri ape nak jadi..takkan nak membujang sampai ke tua.?
kawan2 da beranak-pinak, kite ni lak..tak tawu nak cakap ape..rezki masing2 kot..(^_^)

sape kate bujang ni simple?
memang ler tak payah nak pk makan minum anak bini, anak2 skola lagi..perbelanjaan femeli..
tapii..pas kawin, at least segala hal ehwal kite terjage, tol tak?
ade orang masakkan, pakaian ade orang cucikan, segalenye la ade yg tolong uruskan..hihi

papepon korang kan da beso panjang, da bole pk yg terbaekkk untok mase depan korang sume..
bujang pon sweet ape?
da kawin sweet sour lak ke..? oh my god!
ade lak pk sampai ke situ..ape la!

kpd kawan2 yg da tamatkan zaman bujang..selamat menempuh alam berumahtangga dgn tabah yer.
kpd yg masih bujang, u all manfaatkan la time yg ade..enjoy pepuas, hihi..(kpd yg berkenaan sje).
da kawin nanti laen pulak citenye..kan?

bebel jer..
tu jer ler kot. c u for the next entry!

p/s: bujang lapok malaysia laku ke?

17/05/2011

aku malas

penah tak dengar hari malas sedunia?
wujud ker?



tapi aku rase hari malas tu setiap hari.. ape la nak jadi kalau asyik malas jer.

aku malas?
tadi aku terbangun lambat..semalam tido terawal lak tu..ingatkan nak stay up..
stay up utk ape? haha..bukan nak study..skrg kan da abis sem nak wtpe la stay up utk study!
entah la ssajer stay up..tengok movie ke, online ker..blogging ker..
macam2 bole.

so.. bile da terbangun lambat, breakfez pon terlambat..
harini cuti wesak day.. KL pon takla jem macam slalu..sepi ler ckit
tapi aku kena gak buat job.. arghh..malsnye!
esok macam hari2 biase, bising dengn bunyi macam2 kenderaan org KL nak g keje.

kompem orang KL tak malas macam aku kan.
pagi2 da g keje..bersesak-sesak naek kete, naek moto, naek bas..macam2 la.
pagi2 gak la aku tak bangun.. tu ler aku dengan orang KL..haha
sebabnye aku bukan org KL kot..sebab tu malas..adoiii!

malas tol nak buat keje..
serba serbi malas r..nak mandi pon malas, kena gak mandi.
senang cite MALAS tu memang ade la.. susah nak buang!
aku memang pemalas..dulu2 jer rajin
makin dewasa makin malas..haiyaaa


malas oh malas..
ko memang takde hari malas sedunia tapi ade hari malas setiap hari!!

p/s: anda rase anda malas??

16/05/2011

selamat hari guru

SELAMAT HARI GURU...
16 Mei 2011


teringat kembali zaman persekolahan..
setiap tahun akan smbut hari guru.. rasenye da hampir 4 tahun tak sambut dengan cikgu2 kat skola.
tamat zaman skola, da makin dewase lak. hari guru pon da tak sambut ssame macam dulu2.
post picture kat fb diorang dan wish happy teacher day jer la yg termampu.

aku nak cite ckit pasal hari guru kat skola rendah dulu..SKSenggarang.
aku pon tak ingat time darjah bape..dlm darjah 4 @ 5 kot..

sirius!! aku tak penah bg hadiah kat cikgu.. sebab aku tak tawu nak bagi ape.. takkan nak bg hadiah yg biase2 kot.
so...tibe satu time ni, entah knpe plak budak2 klas aku ttibe jer nak kitorang bagi setiap sorang ahli klas aku satu hadiah kat cikgu..wajib lak tu..adehhh.!!
discuss last2 minute lak tu, esoknye hari guru.. lagi la aku gelabah.. sebab tak tawu hadiah jenis ape nak kne bagi kat cikgu tu.

kebetulan pulak aku kene bagi kat seorng ustazah.. bukan sebarang orang tu, silap bagi hadiah nanti ape pulak dia pk.  ya Allah, ape lak aku nak bagi kat dia ni...??
balik uma..pk2, pk dan trus pk..macam2 idea kuar, tapi semua tak berkenan..smua reject!

last2 aku dapat idea nak bagi hadiah pasu bunga.. sebabnye aku penah tengok ustazah ni tanam pokok bunga kat tepi rumah dia, kat taman perumahan mane entah..pasu2 dia bole tahan la kn.
then, aku beli pasu yg saiz kecik jer..bole la utk jadi pasu hiasan dalam rumah dan kawan aku tolong balutkan macam hamper..kiut gak.hihi.



first time la kn..buat2 ade suda la... tapi sirius, tu la aku rase hadiah hari guru yg paling berharga dan paling menjadi memori dalam idop aku. kadang2, nak tergelak jer rasenye bile teringat time waktu tu. hahaha...memang sweet la memori tu..awesome!

p/s: ustazah ni garang..takkan nak bagi gula2 bagi dia sweet jer...hihi

11/05/2011

pontinak, drakula dan toyol


pontianak,pocong dan toyol da x tertahan nk pegi kat restoran tomyam pak usop..
pontianak: weh.. aku dgr restoran tomyam yg baru bukak tu kn.. ummphh!!!!
drakula: ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da x nk isap darah lg.. aku nk tomyam lak..

toyol:cakap pun x guna la cik pon.. kte tetap x ley gi sana..
pontianak: aku ade idea laa.. kte kn bley tuka rupe.. smlm aku try, ade rupe angelina jolie ckit..
drakula: geliga gak otak ko.. mase aku idop rupe aku mmg cam tom cruise..
toyol: tapi.. aku mane bole.. erm.. cik pon tolong balutkn sy eh?
pontianak: ok.. nak ajak si pocong x?
drakula: x yah la.. yg dier tawu lompat2.. x lompat lari bogel.. tu je..
pontianak: tol gak.. ok.. lepas maghrib kite tros g..
lepas maghrib.. kat restoran tomyam pak usop.. tom cruise(drakula) dtg ngn angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi(toyol).
pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r
angelina: order please. erm.. i nk tomyam yg paling sedap kat cni..
waiter: ok..(tau ckp mlayu rupenye)..
50 saat kemudian.
waiter:siap cik..
tom: wah.. cam sedap ni.. biar aku mencekik dlu..
seorang pelanggan nmpk sesuatu…
pelanggan: wah!!! tom cruise ade taring panjang!!!
suasana senyap sunyi… drakula pun panik.. dengan spontannye dier patahkan kedua2 taringnye..
tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran cite jaws tu.. sy r yg jd jaws tu..
pelanggan: (jaws ade taring???!!!).. oooOOoOOoo..
keadaan kembali sediakala..
angelina: tu r ko.. mkn x reti nk cover.. biar aku lak mkn..
pontianak habiskn satu mangkok besar tomyam ngan sekali hirup.. akibat x tahan pedas.. air mata pontianak kuar..
air mata darah!! seorang pelanggan nmpk…
pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!
sume pelanggan tkejut.. suasana jadi riuh.. pontianak pun mula menggelabah..
angelina: sa..saya.. rindukan mak sy!! da lame x jumpe dia di england..
pelanggan :oOOoo..(tp nape air mata darah???!!)..
keadaan jd tenang semula.. toyol yg da x tahan kelaparan trus melompat atas meja utk mencekik tomyam..
sorg lagi pelanggan nmpk..
pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!
sume menjadi panik.. ade separuh yg bangun utk melarikan diri..
angelina: er..anak sy ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nk wat surprise kat cni..
pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panic td.. haha..
keadaan jd ok balik.. tanpa disedari oleh para hantu-hantu, azan isyak pun berkumandang..
pontianak, drakula & toyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!! (terbakar).

semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tgn dan bersorak sbb ingatkn tu lakonan dari mreka lagi..